19 Jun 2017 - Rezeki Asnaf - Sumbangan Mesin Haemodialisis
19 JUN 2017, Bukit Mertajam - Dato' Dr. Zaki Morad Mohamad Zader berbesar hati untuk menyumbangkan 1 unit mesin yang bernilai RM 42,400 buat kegunaan dan manfaat pesakit asnaf di PHZ (Pusat Haemodialis Zakat).
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Negara, menyumbangkan mesin tersebut bagi pihak arwah ibu mertua beliau, al-Marhumah Puan Hajjah Zainab.
Moga Allah menilai sumbangan tersebut sebagai ibadah, melimpahkan ganjaran yang baik serta mengurniakan pahala jariah buat arwah ibu mertua beliau.
Dato' Zaki Morad Mohd Zaher dan Isteri menyerahkan dokumen berkaitan mesin haemodialis sebagai simbolik penyerahan kepada YB Dato' Haji Mohd Salleh Man, YDP MAINPP.
Dato' Zaki Morad Mohd Zaher serta isteri (Kiri) bersama-sama Ketua Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ZPP, Dr. Zurina Idrus dan beberapa petugas di Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ)