19 Jun 2017 - ANGKASA, PUNB dan BANK MUAMALAT Tunai Zakat Perniagaan.
19 JUN 2017, Bukit Mertajam- ANGKASA, PUNB dan BANK MUAMALAT sekali lagi menunaikan zakat perniagaan masing-masing dalam satu majlis ringkas bertempat di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, Bandar Perda.
Zakat perniagaan ketiga-tiga syarikat korporat tersebut telah diserahkan kepada YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man, YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan buat seluruh warga kerja ANGKASA, PUNB dan BANK MUAMALAT atas kesudian untuk turut sama membantu puluhan ribu asnaf di Zakat Pulau Pinang.
Zakat Perniagaan diserahkan oleh Tuan Haji Shaik Ismail Md Allipitchay, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang. Bagi tahun haul 2016.
Zakat Perniagaan diserahkan oleh En. Khairul Rizal Abdullah, Ketua Wilayah Utara PUNB. Bagi tahun haul 2016.
Zakat Perniagaan diserahkan oleh Tuan Haji Nik Mohd Hashim, Pengurus Wilayah Utara, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Bagi tahun haul 2016.