A+ R A-

18 Mei 2017 - Program Nur Ramadhan 2017

KEPALA BATAS, 18 Mei 2017 - Program tahunan ini diadakan bagi mengagihkan sumbangan zakat kepada asnaf fakir miskin sempena bulan Ramadhan yang akan tiba.

Program siri 1 telah berlangsung di Dewan Millenium. Seramai 2,009 orang penerima bantuan bagi sekitar daerah Seberang Perai. Majlis telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan YB Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna. Nilai agihan bantuan adalah berjumlah RM 1,325,940.00. 

Program Nur Ramadhan siri ke- 2 pula bakal berlangsung di Tapak Pesta, Sungai Nibong pada 25 Mei 2017 ini. Melibatkan penerima dari daerah Timur Laut dan Barat Daya. Dijangkakan seramai 786 orang penerima akan menerima agihan bantuan bernilai  RM 518,760.00 pada hari tersebut. 

Maybank Islamic Berhad turut bersama membantu asnaf di Pulau Pinang dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 575,759.35 melalui ZPP.

Kesemua asnaf menerima wang tunai sebanyak RM600 berserta hamper dan beras. Pada tahun ini, Zakat Pulau Pinang memperuntukkan keseluruhannya sebanyak RM 7,605,000.00 untuk diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan. Moga dengan bantuan ini, meringankan beban asnaf fakir miskin. Terima kasih pembayar zakat.

DSC 0389a

Jumlah Yang Akan Diagihkan Oleh Zakat Pulau Pinang Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin Sepanjang Ramadhan 2017 Insya Allah.

01a

DSC 0345a

DSC 0417a

Penyerahan Zakat Korporat Oleh Maybank Islamic Berhad Kepada Zakat Pulau Pinang.

DSC 0475a

Antara Asnaf Yang Menerima Bantuan Zakat Dalam Majlis Di Dewan Millenium, Kepala Batas.

DSC 0496a

18556694 1331014677012424 6566917571204559470

Harga Emas Semasa: RM 202.09

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Oktober 2019)
Kutipan: 
RM 90,535,172.11
Agihan: RM 89,779,553.54

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome