A+ R A-

30 Mac 2017 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Mutiara PDCA 2016 & Pelancaran Mutiara PDCA 2017

30 MAC 2016, Seberang Jaya - Majlis Anugerah Kecemerlangan Mutiara PDCA 2016 & Pelancaran Mutiara PDCA 2017 telah diadakan di Dewan SP Arena. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Zolkopli Dahlan.

Dalam program MPDCA, calon UPSR, PT3 dan SPM yang beragama Islam di Pulau Pinang berpeluang untuk mendapat tuisyen secara percuma menggunakan 25 modul yang dibuat khas. Beberapa teknik menjawab soalan akan diterangkan oleh guru- guru terbaik dari sekolah sekitar Pulau Pinang. Program yang dimulakan pada tahun 2006 ini telah menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar UPSR dan SPM di Negeri Pulau Pinang.

Program MPDCA adalah program kerjasama yang melibatkan beberapa agensi iaitu Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP), Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN).

Majlis ini juga turut disertakan dengan Pelancaran Mutiara PDCA 2017 melibatkan penyerahan cek MPDCA 2017 daripada Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Modal Insan, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang bernilai RM6.8 Juta. (RM 1.6 Juta dari jumlah sumbangan adalah dari zakat yang ditunaikan di Zakat Pulau Pinang)

IMG 5684

IMG 5616

IMG 5665

IMG 5663

IMG 5699

Harga Emas Semasa: RM 202.09

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Oktober 2019)
Kutipan: 
RM 90,535,172.11
Agihan: RM 89,779,553.54

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome