A+ R A-

29 Mac 2017 - Tabung Haji Tunai Zakat Perniagaan 2016

29 MAC 2017, Seri Mutiara - Tabung Haji (TH) sekali lagi tampil menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,178,499,84 untuk haul tahun 2016 kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP. Majlis berlangsung di Seri Mutiara, kediaman rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Zakat tersebut telah diserahkan oleh YBhg. Dato Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji kepada TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sebagai mewakili Zakat Pulau Pinang (ZPP), MAINPP.

Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut adalah YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Sohibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd Salleh Man, YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta pengurusan ZPP dan TH. Moga Allah merahmati serta melipatgandakan keberkatan buat seluruh warga TH atas zakat yang telah ditunaikan.

17634427 1284777188302840 5301894041054372539 n

 

Harga Emas Semasa: RM 202.09

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Oktober 2019)
Kutipan: 
RM 90,535,172.11
Agihan: RM 89,779,553.54

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome