A+ R A-

25 Januari 2017 - Majlis Penyerahan Bantuan Rumah Asnaf

25 JANUARI 2017, Kubang Menerong - Majlis Penyerahan Bantuan Rumah Asnaf Fakir / Miskin Zakat Pulau Pinang telah diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim antara Zakat Pulau Pinang, MAINPP dengan kumpulan asnaf yang menerima bantuan sumber zakat serta masyarakat Islam keseluruhannya.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 13 buah rumah telah diserahkan kepada asnaf yang layak. Nilai agihan zakat yang telah diagihkan pada majlis tersebut berjumlah RM 590,000.00. Setiap penerima bantuan mendapat sebuah rumah dengan nilai agihan di antara RM38,000.00 (rumah dua bilik) dan RM46,000.00 (rumah tiga bilik).

Sepanjang tahun 2016, Bantuan Bina Rumah yang telah diagihkan Zakat Pulau Pinang adalah seramai 32 orang asnaf dengan nilai agihan berjumlah RM1,431,000.00. Sementara Bantuan Baik Pulih Rumah yang telah diagihkan pula adalah seramai 111 orang asnaf dengan nilai bantuan berjumlah RM1,556,545.40.

Semoga dengan bantuan ini, para asnaf dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Terima kasih pembayar zakat. 

16143163 1217275475053012 6107056416839108873 n

16174553 1217275361719690 8509773590111247732 n

YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyerahkan replika kunci rumah kepada para penerima.

16174571 1217274981719728 665689366836959736 n

16114993 1217277385052821 4216373490445295105 n

Sebahagian penerima yang hadir pada majlis tersebut.

16143280 1217274951719731 6970326476302877965 n

Salah sebuah rumah bantuan ZPP yang diterima.

Harga Emas Semasa: RM 202.09

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Oktober 2019)
Kutipan: 
RM 90,535,172.11
Agihan: RM 89,779,553.54

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome