A+ R A-

26 November 2016 - ZPP & BPMB anjur ‘Program Santuni Asnaf’

26 NOVEMBER 2016, Telok Kumbar - Zakat Pulau Pinang (ZPP)  dengan kerjasama Bank Pembangunan (M) Berhad (BPMB) telah menganjurkan “Program Santuni Asnaf Bersama Masyarakat”. Seramai 120 orang asnaf dari kawasan sekitar telah menerima sumbangan RM1,000.00 seorang. Beberapa buah masjid / surau terpilih turut menerima sumbangan, iaitu Surau Taman Nelayan Kuala Sg.Pinang, Surau Taman Sri Indah, Surau An-Nur Leboh Nipah, Surau Desa Mayang, Surau Al-Falah Taman Manggis Indah, Masjid Pulau Betong dan Masjid Maqbul Telok Kumbar, yang juga selaku tuan rumah program kali ini. Masing-masing menerima RM3,000.00 dari peruntukan yang disediakan oleh BPMB. Jumlah keseluruhan sumbangan pada hari tersebut berjumlah RM141,000.00. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain, Timbalan YDP MAINPP. Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Azman bin Abdul Samat, CEO ZPP dan YBhg. Dato’ Prof Muhammad Idris Bin Saleh, Pengerusi Qaryah Masjid Maqbul Telok Kumbar. Terima kasih pembayar zakat kerana terus setia bersama ZPP.

22

25

14

6

 

 

 

 

Harga Emas Semasa: RM 202.09

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Oktober 2019)
Kutipan: 
RM 90,535,172.11
Agihan: RM 89,779,553.54

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome