A+ R A-

26 Oktober 2016 - Bank Rakyat Dan Co-Opbank Persatuan Tunai Zakat Perniagaan

26 OKTOBER 2016, Pulau Pinang - Bank Rakyat dan Co-opbank Persa­tuan Malaysia baru-baru ini tampil menunaikan zakat perniagaan masing-masing. Majlis berlangsung di kediaman Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas di Seri Mutiara baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh mewakili Bank Rakyat sementara Pengerusi Anggota Lembaga Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad, Datuk Yusra Sabar sendiri masing-masing membuat serahan zakat perniagaan tersebut.

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas berbesar hati mewakili Zakat Pulau Pinang untuk menerima pembayaran tersebut. Bank Rakyat menunaikan zakat perniagaan  bagi haul 2015 berjumlah RM1,064,774. Co-Opbank Persatuan pula menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM198,598.98.

Turut menyaksikan penyerahan zakat tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Dato' Abdul Halim Hussain, Pengurus Besar ZPP, Dato' Azman Abdul Samat. Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan para pegawai dari Bank Persatuan dan Bank Rakyat turut hadir.

14876490 1459122520771860 59739637998640230 o

14753843 1459122600771852 4879249646995047674 o

14700935 1459122377438541 8705060706162826059 o

14691150 1459122960771816 3790201651916882378 o

 

 

 

 

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome