A+ R A-

Konvoi Kembara Zakat 2016

Konvoi Kembara Zakat pada tahun ini telah memilih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai tuan rumah sebagai mewakili negeri Kedah. Program telah berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Oktober 2016 lalu. Alhamdulillah, Zakat Pulau Pinang seperti tahun-tahun lalu tidak ketinggalan untuk turut serta.

Program ini merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Wakaf , Zakat dan Haji (JAWHAR). Peserta konvoi terdiri dari JAWHAR serta institusi-institusi zakat seluruh negeri. Sesi taklimat dan majlis perasmian telah berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar Kedah. Antara tujuan program sebegini adalah untuk turut menyantuni serta menyalurkan dana zakat kepada golongan asnaf zakat di negeri terlibat.

Terima kasih kepada tuan rumah, Lembaga Zakat Negeri Kedah serta Agensi Mengurus Zakat dari setiap negeri dan kepada pembayar-pembayar zakat di seluruh negara.

14705669 1118571358256758 2364754940166395305 n

Ucapan Perasmian oleh YBhg Datuk Haji Anan C. Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR).

14715545 1118571454923415 6867237591030959267 o

Peserta konvoi bergambar kenangan sejurus sebelum konvoi dilepaskan dari TH Hotel & Convention Centre Alor Setar.

14608859 1118576598256234 3847584492633896842 o

Kenderaan dari institusi-institusi zakat seluruh negeri sedia dilepaskan.

14681006 1118571564923404 716874477521529508 o

Destinasi pertama, Pusat Haemodialisis Zakat Kedah. Peserta konvoi turut mengambil peluang menyelami rutin harian pesakit buah pinggang.

14718803 1118571688256725 2715004512608787645 n

Laluan berliku dihidangkan untuk ke destinasi seterusnya.

14707878 1118571744923386 8884655838572258825 o

Simbolik Perasmian Projek Pembangunan Surau Al-Barakah yang bakal dimanfaatkan oleh penduduk Kampung Batu 8, Jalan Jeniang, Gurun.

11221872 1118571881590039 1961022649670109040 o

Usaha pihak Trafik PDRM dan urusetia konvoi mengawal lalulintas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan peserta konvoi amat dihargai. Terima kasih. Moga Allah membalas kalian dengan kebaikan.

14714805 1118572138256680 7137728937140816853 o

Majlis Penyerahan Bantuan Bina Rumah LZNK di Kampung Gajah Putih, Jenerai, Sik.

14712625 1118572288256665 1893065733600094132 o

Ucapan Penutup oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd.

14753418 1118572331589994 745327115446234018 o

Sijil Penyertaan diserahkan kepada para peserta konvoi.

14708149 1118572478256646 2762278025381807942 n

YBhg. Datuk Haji Anan bin C.Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR mewakili ahli konvoi menyampaikan sumbangan sebanyak RM 2,000 kepada pengurusan Pondok Misbah Al- Falah (Pondok Lanai).

14681645 1118572544923306 7768814699605737723 n

Sumbangan barangan makanan (hamper) kepada warga emas.

 

 

 

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome