A+ R A-

13 Oktober 2016 - Ramah Mesra Bersama Penerima Permulaan Ke IPT & Pembayaran Zakat Korporat

13 OKTOBER 2016, Kepala Batas - Baru - baru ini telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Bersama Penerima Sumbangan Permulaan Ke IPT dan Pembayaran Zakat Korporat di Dewan Millenium. Majlis disempurnakan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man. Seramai 1,000 orang menerima manfaat agihan zakat dengan jumlah agihan sebanyak RM963,600.00 telah dikreditkan ke akaun para penerima. Tahniah buat ibubapa yang anak-anak mereka diterima masuk meneruskan pengajian di IPT. Moga berjaya dalam pengajian masing-masing, kemudian membantu asnaf di masa hadapan.


Dalam majlis tersebut juga 4 syarikat korporat telah menunaikan pembayaran zakat iaitu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) - RM64,480.14, Etiqa Takaful Bhd  - RM132,500.000, Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd - RM994,252.50 dan UDA Land (North) Sdn. Bhd - RM1,502,863.33. Moga Allah memberkati mereka serta memberkati harta-harta mereka. Terima kasih pembayar zakat.

14589870 1112350875545473 271850470704902149 o

YB Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man bergambar bersama penerima sumbangan.

14567334 1112350835545477 6660953832126575637 o

Bersama badan-badan korporat yang telah menyumbang zakat mereka buat asnaf di negeri Pulau Pinang.

14691171 1112350475545513 5665947442642511217 o

Moga anak-anak kita berjaya dalam bidang pengajian mereka.

14691379 1112350625545498 7654857468910429924 o

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome