A+ R A-

Jawapan Balas Viral Pembuangan Pakaian Seragam Persekolahan

Assalamualaikum W.B.T.

Zakat Pulau Pinang mengambil maklum viral yang disebarkan baru - baru ini yang mengambarkan atau dimaksudkan sebagai pembuangan kelengkapan persekolahan asnaf di stor penyimpanan barangan persekolahan kami di Bandar Perda.

Agak menyedihkan terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan tersalah tafsir tanpa menyelidik dan menyemak terlebih dahulu dengan Zakat Pulau Pinang tetapi sebaliknya terus men'viral' perkara yang tidak benar ke dalam media sosial untuk tatapan umum.

Kelengkapan sekolah tersebut hanyalah barangan 'reject' yang telah diperolehi dan kelengkapan yang telah dipulangkan oleh pelajar untuk digantikan dengan yang baharu . Barangan 'reject' yang dimaksudkan contohnya seperti zip seluar, kain atau beg sekolah yang rosak, tali beg sekolah yang terputus atau beg sekolah terkoyak dan jahitan yang tidak kemas

Selain itu sebagai makluman, pihak kami juga dalam proses melakukan kerja - kerja pembersihan dan penyusunan barang bagi kemasukan stok kelengkapan persekolahan yang baharu untuk persediaan agihan kelengkapan persekolahan sesi 2017 yang akan dinikmati hampir 10,000 orang pelajar asnaf bermula pertengahan Oktober 2016.

Barangan kelengkapan persekolahan asnaf yang disimpan dalam stor ini dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik. Kotak-kotak barangan dan barangan 'reject' tersebut diletakkan di bahagian luar stor untuk sementara waktu sebelum dibuat pelupusan dan dibuat pemilihan sekiranya masih ada lagi barangan yang boleh digunakan pakai. Mungkin berlaku salah faham di sini oleh pihak yang menviralkan perkara ini.

Walau bagaimana pun kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin kepada permasalahan dan salah faham yang mungkin timbul atas kejadian ini. Pihak Zakat Pulau Pinang mengambil maklum atas teguran ini dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Adalah tidak wajar untuk memberi bantuan yang kurang sempurna kepada asnaf. Zakat Pulau Pinang memastikan setiap bantuan yang disalurkan yang terbaik buat mereka Zakat Pulau Pinang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kualiti bantuan yang disalurkan kepada asnaf. Dengan harapan bantuan tersebut dapat digunakan dengan baik dan sempurna oleh asnaf.

Terima kasih kepada masyarakat yang prihatin dalam sama-sama membantu mereka yang berhak keatas zakat yang diserahkan kepada Zakat Pulau Pinang.

Wallahuallam.

14516447 1107923275988233 7317903096746746141 n14606367 1107923395988221 77071276329285238 n

 

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome