A+ R A-

8 September 2016 - Majlis Perasmian & Tandatangan Perjanjian Antara ZPP Dan Usahawan Asnaf

8 SEPTEMBER 2016, Bandar Perda – Baru-baru ini Majlis Perasmian Dan Tandatangan Dokumen Perjanjian Antara Zakat Pulau Pinang Dan Usahawan Asnaf telah diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Salleh bin Man dan turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Hussain.

 

Program usahawan asnaf ini adalah projek kerjasama antara Zakat Pulau Pinang dengan syarikat Sidratul Corporation Sdn. Bhd. dengan permulaan melantik 11 orang asnaf menjadi perintis untuk menjalankan perniagaan Magic Coffee dan Putu Buluh di sekitar Seberang Perai. Program ini merupakan salah satu daripada beberapa program agihan zakat dalam membantu asnaf di Pulau Pinang.

 

InshaAllah dalam tempoh empat bulan, dengan tekad dan azam beserta komitmen semua pihak, Zakat Pulau Pinang mensasarkan seramai 100 orang usahawan asnaf akan berjaya membuka perniagaan ini di seluruh Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan atau mana-mana asnaf yang berminat dengan program ini, boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf dan Ekonomi di talian terus 04-549 8155 / 8154

14310363 545340095671347 3871678057353889541 o

980856 545341082337915 2313586856632371190 o

14310485 545340609004629 6374690613623028195 o

14241551 545340842337939 1753787930275641041 o

 

 

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome