A+ R A-

28 April 2016 : Seminar Transformasi Halal Pulau Pinang 2016

28 APRIL 2016, Kepala Batas - Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dan Zakat Pulau Pinang MAINPP (ZPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, sekali lagi telah menganjurkan Seminar Transformasi Halal 2016. Seminar yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas ini telah menghimpunkan lebih 250 orang peserta yang terdiri dari kalangan usahawan dan peniaga di bawah bimbingan AIM, FAMA, PERDA, TEKUN dan JAIPP.

ZPP melalui wakilnya En. Mohamad Fuad Md Isa, Pen.Pengurus Besar ZPP, menyampaikan pembentangan dengan tajuk “Sucikan Bisnes Dengan Berzakat”. Lain-lain pembentangan ialah “Integriti Halal : Standard Persijilan & Penguatkuasaan”(oleh JAIPP), “Produk Halal : Garis Panduan Pengkelasan  Produk Makanan (oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan), “Pengurusan Tekanan” (oleh KPJ Penang), “Jihad Melalui Bisnes Halal – Perkongsian Pengalaman” (oleh QSR Brands Holdings) dan “Sains & Teknologi Halal – Kesan Pengaplikasiannya” (oleh UKM).

Seminar telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Azman Abdul Samat, Pengurus Besar ZPP. Turut hadirY.Bhg. Tuan Haji Zamri Norani,Pengarah Urusan IPPJ. Di majlis ini juga pihak JAIPP turut menyerahkan Persijilan Halal kepada 4 buah syarikat bumiputera.IMG 3278

Pembentangan slot zakat oleh En.Mohd Fuad Md Isa, Pen.Pengurus Besar ZPP.

IMG 3244

IMG 3281

Sebahagian peserta yang hadir.

IMG 3267

Ucapan Perasmian oleh YBhg. Tn Haji Azman Abdul Samat, Pengurus Besar ZPP.

IMG 32361

 Kaunter ZPP disediakan bagi kemudahan peserta seminar mendapatkan info zakat

 

Harga Emas Semasa: RM 200.43

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga JUL 2019)
Kutipan: 
RM 71,002,240.88
Agihan: RM 64,516,287.99

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome