A+ R A-

7 - 8 April 2016 : Bengkel Penyelarasan Pembanguan Muallaf

7-8 APRIL 2016, Pulau Pinang - Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang terlibat dalam Bengkel Penyelarasan Pembangunan Muallaf bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang ( JHEAIPP ). Tujuan bengkel ini diadakan bagi mencapai objektif berikut :

  1. Mewujudkan permuafakatan di antara semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan NGO bagi memudahkan urusan pengislaman
  2. Menjaga kebajikan Saudara Kita sebelum, semasa dan selepas pengislaman
  3. Mewujudkan kerjasama erat di antara semua agensi yang terlibat pengurusan Saudara Kita

Bengkel ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim, Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Ucap utama bengkel ini disampaikan oleh Y. Bhg. Syeikh Hussain Yee Bin Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Al-Khadeem Malaysia. Turut serta dalam bengkel ini ialah Sahibus Samahah Dato’ Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato’ Sazali Bin Haji Hussein, Pengarah JHEAIPP, wakil-wakil dari Jabatan Kehakiman Syarie, Baitulmal MAINPP, Zakat Pulau Pinang, Jabatan Mufti, Pegawai-Pegawai Tadbir Agama Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Bahagian Agama (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan

Manakala pertubuhan NGO diwakili oleh Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Chinese Malaysian Association (MACMA), Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP), Persatuan Saudara Islam (PERSALAM) Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful  (MyIKUT), Pertubuhan Islamic Charity Society (ICS) Pertubuhan Ikram Negeri Pulau Pinang (IKRAM), Pertubuhan Dakwah Islamiah Kelab HALUAN Fitrah, HALUAN Pulau Pinang, dan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ). Semoga dengan usaha ini dapat mencapai matlamat dan obejektif seperti yang digariskan di atas. 

293f6b74 9aa8 4378 9432 c47a60505f79

d66963ef 69c4 45b0 9826 b088a55028a8

1efa0801 3e1b 43cb b316 b915b7c68d48

ad036afa 10f8 4b96 883b 97d08c5ba3a8

 

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome