A+ R A-

Tabung Haji Tunai Zakat Perniagaan

Georgetown, 31 Mac 2016 - AlhamdulillahLembaga Tabung Haji (TH) terus tampil menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM 2,125,105.49 bagi haul 2015.

Majlis yang bertempat di Seri Mutiara itu menyaksikan YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH menyerahkan zakat perniagaan tersebut kepada T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi mewakili pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP), MAINPP.

Turut hadir, YB Dato' Hj. Mohd. Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Hj. Abdul Malik Bin Abu Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Man, YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Tuan Haji Mohamad Abas, Pengarah TH Negeri Pulau Pinang serta bebrapa orang Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

ZPP mendoakan semoga ibadah yang ditunaikan TH diterima oleh Allah serta diberikan ganjaran keberkatan berlipatganda dalam urusan perniagaan.

IMG 2684

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome