A+ R A-

9 April 2020 : KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 1441 Hijrah / 2020 Masihi

9 April 2020, Bukit Mertajam : Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato Ir Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman telah mengumunkan bahawa dua kadar zakat fitrah telah ditetapkan iaitu RM7.00 dan RM16.00. Kadar ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Pulau Pinang. Dua kadar zakat fitrah ini ditetapkan pada tahun ini bagi memberi peluang kepada umat Islam di Pulau Pinang yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan, menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah mengikut kadar yang lebih tinggi iaitu RM16 seorang.

Pada tahun ini, jumlah kariah dan pusat kutipan yang dilantik oleh MAINPP adalah sebanyak 239 kariah dengan jumlah amil yang ditauliahkan seramai 1,755 orang di seluruh negeri Pulau Pinang. ZPP juga telah mengumumkan zakat fitrah boleh ditnaikan secara dalam talian iaitu melalui SnanPNpay, JomPAY, QR COde BMMB, FPX di portal www.zakatpenang.com dan perbankan internet Maybank2u.

Perkembangsn semasa kini, ZPP menyarakan bayaran zakat fitrah adalah digalakkan melalui dalam talian agar keselamatan kita semua terjamin.

IMG 6764

IMG 6738

IMG 6759

 

Harga Emas Semasa: RM 255.30 

Nisab: RM 15885.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat September 2020)
Kutipan: 
RM 75.92 Juta

Agihan: RM 87.18 Juta

  ezakatJompay

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2020 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome