Program Ramah Mesra Zakat Bersama Bakal Haji
Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama Penganjur Kursus Haji akan bersama-sama meraikan bakal jemaah yang menghadiri siri kursus haji.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada bakal jemaah haji bagi mendapatkan maklumat zakat sebelum mereka menunaikan ibadat Haji.
Selain ceramah zakat, turut disediakan ialah perkhidmatan menimbang emas dan kemudahan pembayaran zakat di kaunter.