A+ R A-

Zakat Ternakan

pictzakatternakan

 

Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Dalil Zakat Ternakan
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"...pada empat puluh ekor biri-biri, dikenakan (zakat) seekor biri-biri..." (Riwayat Ibnu Majah)

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah saw telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)." (Riwayat Ibu Majah)

 

BINATANG TERNAKAN YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT IALAH :
1. Lembu (termasuk kerbau)
2. kambing (termasuk biri-biri) dan kibas
3. Unta

 

Syarat Zakat Ternakan

  1. Binatang-binatang ternakan ialah "Saaimah" ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.
  2. Binatang -binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat.
  3. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.
  4. Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor
  5. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua. Begitulah seterusnya.

 

Sifir Kiraan Zakat Lembu/Kerbau :

Panduan:

· Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

· Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

Harga Emas Semasa:RM177.18
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM57,223,047.43

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome