A+ R A-

Zakat Perniagaan

perniagaan

 

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

 

A. KEWAJIPAN ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

Dari Al-Quran:
ALLAH SWT telah mewajibkan Zakat ke atas harta peniagaan melalui Ayat Al-Quran ( yang bermaksud ) :
"Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah ( Zakatkanlah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik..." (Al-Baqarah : 267)

Dari Hadis Rasulullah SAW:

Sabda Rasulullah SAW ( yang bermaksud ) :
"...maka sesungguhanya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat bagi harta benda yang kami sediakan untuk dijual." ( Riwayat Abu Daud ).

"Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya dan pada pakaian ( Al-Baz ) yang disediakan untuk jualan ada zakatnya". (Riwayat Al-Hakim).

Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orang Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.

 

Terdapat pelbagai jenis pemilikan perniagaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan.

1. Perniagaan Persendirian (Tunggal)
Bentuk perniagaan ini dimiliki oleh seorang pemilik secara persendirian. Modal diperolehi daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada saudara mara, kawan-kawan atau bank. Sumber kewangan lain ialah sewa beli, pajakan dan kredit perdagangan. Pemilik bertanggungjawab mengawal dan menguruskan perniagaan secara sendiri atau dengan bantuan daripada ahli-ahli keluarga dan pekerja-pekerja yang diupah.

2. Perniagaan secara Perkongsian
Ciri-ciri bentuk perniagaan perkongsian sekurang-kurangnya terdapat dua orang tetapi tidak melebihi 20 orang bergabung untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan mendapat keuntungan. Orang yang menyumbangkan modal kepda perkongsian merupakan pemilik sah perkongsian dan mereka dinamakan ahli dan rakan kongsi. Modal diterima daripada sumbangan rakan kongsi mengikut kadar yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian. Dalam perkongsian, rakan kongsi aktif mengambil bahagian yang aktif dalam mengurus dan mentadbirkan perniagaan.

3. Perniagaan Syarikat
Syarikat adalah entiti yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Ia mempunyai status undang-undang yang mengasingkannya daripada pemilik. Ini bermaksud bahawa sebuah syarikat boleh, antara lain, memasuki sesuatu kontrak atas namanya, boleh menyaman dan disaman atas entitinya. Pemilikan syarikat adala melalui pegangan saham. Syarikat boleh daripada jenis Sendirian Berhad ataupun Awam Berhad. Syarikat Sendirian Berhad menghadkan pemilikan sahamnya kepada bilangan pemilik yang kecil sedangkan Syarikat Awam Bhd.(ataupun disebut Syarikat Berhad) menawarkan sahamnya dimiliki oleh masyarakat awam. Sesebuah syarikat boleh disenaraikan di Bursa Saham setelah memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Perniagaan yang besar lazim dijalankan melalui bentuk syarikat.

4. Koperasi
Koperasi merupakan satu bentuk organisasi bercorak perniagaan yang dibentuk oleh sekumpulan orang dengan sukarela berasaskan hak-hak yang sama demi kepentingan bersama bagi mengatasi masalah ekonomi yang mereka hadapi. Terdapat beberapa jenis koperasi iaitu koperasi runcit, koperasi borong, koperasi kredit, koperasi perumahan, bank koperasi dan lain-lain. Modal koperasi terdiri daripada yuran dan unit-unit syer yang dimiliki anggotanya. Ahli-ahli akan dibayar dividen. Koperasi ditadbir oleh satu Lembaga Koperasi yang dilantik oelh anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


 

B. SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAAN

1. Islam
(Dalam perniagaan yang melibatkan perkongsian peniaga Islam dan bukan Islam, zakat ke atas harta perniagaan dikira mengikut nisbah modal milikan peniaga Islam sahaja).

2. Pemilikan Sempurna
(memiliki zat bersama manfaatnya)

3. Niat menjalankan perniagaan
(harta yang diperolehi dengan niat dan bertujuan untuk diperniagakan adalah harta perniagaan yang wajib zakat)

4. Cukup Haul
(iaitu cukup setahun Hijrah dari tarikh dimulakan perniagaan; haul seterusnya tidak berubah dengan penambahan modal atau barang perniagaan)

5. Cukup Nisab pada tarikh akhir haul
(Nisab = Nilai semasa 85 gram emas)


C. PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

· Pengiraan Zakat perniagaan mengikut kaedah Syar'iyyah adalah berdasarkan kedudukan Harta Perniagaan (Modal Kerja) pada tarikh akhir haul (sama ada untung atau rugi).

· Harta Perniagaan = Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa +/- Pelarasan

· Zakat Perniagaan = Harta Perniagaan x % Modal Islam x 2.5%

Harga Emas Semasa:RM177.18
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM57,223,047.43

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome