A+ R A-

Zakat Pendapatan / Gaji

zakatpendapatan

 

Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

PENGERTIAN GAJI :
Iaitu pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat), dan lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian)

PENDAPATAN BEBAS :
Iaitu pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Pendapatan bebas ini merangkumi khidmat guaman, khidmat nasihat, juru perunding, rawatan perubatan, kejuruteraan, seniman dan lain-lain.

 


Terdapat 4 garis panduan mengira zakat pendapatan:-

KAEDAH 1

2.5% ke atas jumlah pendapatan yang layak dizakat iaitu jumlah yang bersamaan atau lebih daripada nisab.

Cth cara kiraan :
Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun.

Si A berkahwin dan mempunyai 1 orang anak.
Gaji si A RM 2,500.00 sebulan X 12 bulan=RM 30,000.00 setahun.
Ditolak keperluan hidup :
- Diri (Setahun) RM 9,000.00
- Isteri (Setahun) RM 3,000.00
- Anak (Setiap seorang) RM 1,000.00
Jumlah gaji setahun(RM30,000.00) - keperluan hidup(RM12,000.00)
= Jumlah pendapatan yang layak dizakat(RM 18,000.00) setahun.

Kadar zakat yang dikenakan ialah :
RM 18,000.00 X 2.5% = RM 450.00 setahun
RM 450.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan=RM 37.50 sebulan

ATAU;

KAEDAH 2

2.5% ke atas jumlah pendapatan kasar setahun.
Contoh :
Jika jumlah pendapatan kasar dari semua sumber setahun ialah RM30,000 maka zakat ialah :
RM30,000 x 2.5% = RM750.00 setahun.
RM 750.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan = RM 62.50 sebulan

ATAU;

KAEDAH 3

Gaji 12 bulan, satu bulan diperuntukkan untuk zakat

ATAU;

KAEDAH 4

Jika pendapatan bulanan bersamaan atau melebihi nisab maka terus dizakat 2.5%.


NOTA:

Perbelanjaan yang dibenarkan ialah :

  1. Diri sendiri
  2. Isteri
  3. Anak-anak - Tolakan yang dibenarkan ialah kadar hakiki bagi setiap seorang anak. Kadar tolakan ini adalah sama bagi tiap-tiap orang anak yang masih di bawah tanggungan dan bilangan anak-anak yang boleh diberi tolakan adalah tidak terhad.
  4. Ibubapa - Walaupun seseorang itu telah berkeluarga tetapi beliau masih mempunyai tanggungjawab ke atas kedua ibubapanya. Oleh itu, setiap wang ringgit yang dibelanjakan untuk kedua ibubapanya terlepas daripada dizakatkan. Jumlah tolakan untuk ibubapa tidak dihadkan.
  5. Lain-lain
  6. Tanggungjawab lain ini termasuklah sesiapa yang di bawah tanggungan selain daripada tanggungan yang disebut di atas seperti adik-beradik, dan anak yang di bawah jagaan isteri(yang telah berpisah), jiran, anak angkat, orang gaji, orang yang menumpang, orang musafir dan sebagainya.

 

Institusi yang membayar zakat:

Zakat tidak dikenakan lebih daripada sekali atas satu-satu harta. Oleh itu, jika sebahagian daripada gaji tadi disimpan dalam institusi tersebut seperti Lembaga Tabung Haji, jumlah caruman yang dibuat dalam tahun ini hendaklah ditolak.

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Walaupun seseorang itu menerima gajinya tetapi 11% daripadanya ditolak untuk dicarum ke dalam KWSP. Wang ini tidak lagi menjadi milik si penerima gaji tersebut kecuali setelah dia mengeluarkan wang carumannya kelak. Wang yang dicarum ini ditolak kerana belum sempurna milik. Jadi, ditolak segala penolakan yang dibenarkan dari pendapatan diri pelbagai sumber. Jumlah yang tinggal ini merupakan "pendapatan bersih". Bandingkan pendapatan bersih ini dengan nisab akhir haul. Sekiranya ia sama atau lebih maka seseorang itu wajib mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada gaji bersihnya.

 

Pendapatan daripada sumber yang haram
Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dari sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan dari sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

 

 

Harga Emas Semasa:RM171.87
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Mei 2017) 
Kutipan RM35,838,784.73
Agihan RM34,701,455.18

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome