A+ R A-

Zakat KWSP

kwsp

Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. 

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

 TERDAPAT DUA PENDEKATAN DALAM PENGIRAAN ZAKAT BERKENAAN IAITU:

1. Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini, wang yang disimpan di dalam KWSP dan seumpamanya dikenakan zakat apabila ia cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majikan). Ini bermakna ia wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP dan seumpamanya. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.
Contohnya :
Seseorang yang mengeluarkan sebahagian carumannya sebanyak RM 10,000 x 2.5% = RM 250.00 bayaran bagi tahun tersebut.

 

2. Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan pada hari wang caruman diterima ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP atau seumpamanya semasa cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%
Contoh :
Seseorang yang mempunyai wang carumannya sebanyak RM 100,000 x 2.5% = RM 2,500.00 (kadar zakat)

* Kadar zakat 2.5% ke atas wang caruman KWSP ketika dikeluarkan sama ada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan-tujuan lain sebelum bersara. Dibayar setiap kali pengeluaran dibuat.
Jumlah wang kwsp yang dikeluarkan x 2.5% = Zakat yang perlu dibayar

Cth: RM 10,000.00 x 2.5% = RM250.00

Harga Emas Semasa:RM177.18
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM57,223,047.43

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome