Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Misi, Visi & Objektif
- Details
- Hits: 1154
Misi
Menyedar dan mendidik umat islam untuk menunaikan kewajipan berzakat di Zakat Pulau Pinang kearah kesempurnaan ibadah.
Mengurus dana zakat dengan adil, cekap, telus dan berkesan.
Visi
Zakat Pulau Pinang sebagai sebuah organisasi terunggul dan berwibawa.
Piagam pelanggan Zakat Pulau Pinang
" Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang mesra dan adil kepada pembayar dan penerima bantuan zakat."
"Dengan itu kami berjanji"
Petugas Zakat Pulau Pinang (Amil)
- Memberi maklumat yang jelas dan tepat berkaitan zakat.
- Menyediakan kemudahan pembayaran zakat yang terbaik melalui pelbagai kaedah.
- Memastikan urusan pembayaran di kaunter tidak melebihi 5 minit.
- Menghantar penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar yang membayar melalui skim berkat tidak melebihi 31 Mac pada tahun berikutnya.
- Memastikan pengagihan Zakat selaras dengan ketetapan syarak.
- Memberi layanan yang mesra kepada semua yang berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat.
- Menerima semua borang permohonan bantuan yang lengkap dan memproses dalam tempoh 20 hari bekerja.
- Memproses bantuan segera yang layak serta merta.
Objektif
Kutipan
- Berusaha meningkatkan jumlah kutipan serta pembayar dari semasa kesemasa.
- Memudahkan urusan pembayaran zakat melalui kaedah yang lebih sistematik dan efisyen.
- Mendidik dan menyedarkan umat Islam tentang pentingnya ibadah zakat seterusnya menjadikan Zakat Pulau Pinang sebagai pilihan utama pelanggan.
- Senantiasa berusaha memastikan pelanggan berpuas hati melalui perhidmatan terbaik.
Agihan
- Memudahcara pengurusan zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam selaras dengan keperluan semasa.
- Memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.
- mengukuhkan asas kekuatan ekonomi dengan meneroka peluang yang stragik dan berpotensi dalam mengembangkan dana zakat.
- Memastikan keperluan asnaf yang mendesak (emergency) disegerakan.
- memberi layanan kaunter dangan cekap dan berkesan.
- Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas aduan diterima.
Hak Pembayar Zakat
- Menunaikan Zakat pada masanya.
- Memberi maklumat yang tepat untuk taksiran Zakat.
- Menunaikan Zakat bagi pihak tangunggan atau amanah yang dipegang.
- Mengingatkan rakan taulan dan saudara mara akan tanggung jawab menunaikan Zakat.
- Menyalurkan maklumat pihak atau individu lain yang layak menerima Zakat.
Hak Penerima Zakat
- Memberi maklumat yang tepat semasa memohon bantuan.
- Memenuhi syarat-syarat mengikut jenis bantuan yang dipohon.
- Bersikap dan berfikiran positif.
- Menggunakan wang Zakat yang diterima seperti dipohon.
- Bersyukur dan berpuas hati dengan bantuan yang diterima.
Mutiara Zakat
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan" (Al-Baqarah, ayat 110)
Jumlah Kunjungan
019632
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
153
879
6132
7123
19632
0
19632
Your IP: 66.249.74.178
Server Time: 2013-05-25 07:38:44
