Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013


Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39

borang online

video icon

Webmail

Email
Password

Laman Sosial

Carian

Sejarah Penubuhan

23 Oktober 1993 – Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Y.B. Dr. Haji Mohd Shahar bin Sidek telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan penubuhan syarikat milik penuh (100%) MAINPP bagi urusan pungutan zakat di negeri Pulau Pinang.

01 Jun 1994 – Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ) telah didaftarkan oleh MAINPP sebagai syarikat petugas amil bagi pihak MAINPP – nombor syarikat 302434 A dengan pelaburan modal sejumlah RM1,019,658.00 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh MAINPP.

01 September 1994 – ASUZ telah memulakan operasi sepenuhnya dengan menggunakan nama Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang atau ringkasnya PUZ sebagai nama pejabat bagi ASUZ bertujuan untuk mengekalkan ‘public interest’ terhadap institusi zakat.

BIDANG KUASA

Di peringkat awal penubuhan, bidang kuasa PUZ hanyalah sekadar mengumpulkan zakat harta di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. MAINPP masih memainkan peranan untuk mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang.

Namun, kejayaan PUZ meningkatkan kutipan zakat harta dari RM 0.19 juta pada tahun 1994 kepada RM 9.36 juta pada tahun 1998 telah meyakinkan MAINPP bahawasanya PUZ amat berpotensi untuk menguruskan operasi kutipan dan agihan zakat sekaligus.

Pada bulan Mac 1999, MAINPP telah memberi kepercayaan penuh kepada PUZ untuk mengendalikan sepenuhnya kedua-dua operasi kutipan dan agihan zakat bagi negeri Pulau Pinang dan juga kutipan dan agihan zakat fitrah.

KUTIPAN ZAKAT DI AWAL PENUBUHAN

PUZ memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.

Kini, PUZ telah menambah empat (4) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Taman Jawi Jaya, Masjid Bayan Baru, Taman Sri Genting Balik Pulau, Kompleks Abdullah Fahim, Kepala Batas dan Lebuh Buckingham (menggantikan JAIPP).

Pada 3 Januari 2005, PUZ mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat PUZ yang baru. 

Antara matlamat penubuhan PUZ ialah :-

  • Meningkatkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang
  • Memperkenal sistem pungutan zakat yang lebih sistematik melalui operasi berkomputer.
  • Sebagai elemen ingat dan sedar kepada umat Islam bahawa zakat dapat memainkan peranan besar dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam.
  • Menyediakan kemudahan membayar dan mengagihkan wang zakat dengan lebih berkesan dan adil agar pembayar zakat dan umat Islam yakin dan berpuas hati.
  • Memperkenal budaya kerja korporat dalam operasi pungutan dan pengagihan kumpulan wang zakat.

Satu institusi zakat yang unggul dan menjadi salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam berlandaskan :

  • Perkhidmatan yang berbualiti
  • Pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju
  • Penggunaan teknologi terkini
  • Pengembelingan dan pembangunan sumber manusia
  • Pertalian yang erat dengan semua pihak

 

Mutiara Zakat


"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan" (Al-Baqarah, ayat 110)

E-Zakat

Jumlah Kunjungan

013790
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
290
775
290
7123
13790
0
13790
Your IP: 66.249.77.222
Server Time: 2013-05-19 10:11:45