Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Warga Emas Terima Bantuan Rumah Zakat
- Details
- Hits: 682
8 Mac 2012 - Tasek Gelugor : Seorang warga emas, Sakdiah Abd Hamid, 60, bersyukur kehadrat Ilahi apabila beliau menerima bantuan sebiji rumah daripada Pusat Urus Zakat, MAINPP. Majlis penyerahan replika kunci yang
diadakan secara serba ringkas berlangsung di hadapan rumah penerima di Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor yang telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PUZ, MAINPP, Y.B. Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Man dan Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd. Rahman. Turut hadir ke majlis berkenaan Pengurus Besar PUZ, MAINPP, Tn. Hj. Azman bin Hj. Abdul Samat dan En. Mohamad Kairi bin Ghazalli, Penolong Pengurus Besar Jab. Agihan dan Pembangunan Masyarakat.
PUZ, MAINPP telah memperuntukkan RM 5.7 juta untuk melaksanakan pembinaan rumah golongan asnaf yang memerlukan sejak tahun 2006 hingga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, PUZ telah membina 211 buah rumah, iaitu 24 unit di Butterworth, Kepala Batas (60), Seberang Perai Tengah (SPT) (53), Seberang Perai Selatan (SPS) (50), Barat Daya (23) dan Timut Laut (satu).
Sejajar dengan peningkatan kutipan zakat dari tahun ke tahun di Pulau Pinang, hasilnya dapat diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.


