Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Ramah Mesra PUZ & Bakal Haji
- Details
- Hits: 394
3 Mac 2012 – AYER ITAM : PUZ dengan kerjasama Jawatankuasa Qaryah Masjid Bandar Baru Ayer Itam telah menganjurkan Program Ramah Mesra PUZ dan Bakal Haji. Sekitar 120 orang peserta yang hadir mengikuti program
penutup Kursus Haji berpeluang beramah mesra dengan warga PUZ. Rata-rata peserta yang terdiri dari kumpulan surirumah mengambil peluang mendapatkan maklumat berhubung panduan pengiraan zakat khususnya zakat perhiasan dan wang simpanan. PUZ turut menyediakan perkhidmatan menimbang emas bagi kemudahan kaum wanita mengetahui dengan lebih tepat nilai perhiasan emas yang dimiliki, seterusnya dapat mentaksir jumlah zakat yang dikenakan.
Program dimulakan dengan majlis bacaan yaasin seterusnya diikuti dengan tazkirah zakat yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Zainuddin Hamzah, Eksekutif Dakwah & Pemasaran PUZ. Turut hadir Tuan Haji Baharuddin Ibramsah, Pengerusi Qaryah Masjid Bandar Baru Ayer Itam serta barisan AJK Qaryah dan Pegawai Masjid.



