Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Puz Meriahkan Program Penang International Halal Expo & Conference (Pihec) 2012
- Details
- Hits: 439
24 - 26 Februari 2012 - bayan Baru : Pusat Urus Zakat, MAINPP sekali lagi dijemput menyertai pameran sempena Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) 2012 yang telah dianjurkan oleh Penang International
Halal Hub (PIHH) Development Sdn. Bhd. iaitu sebuah agensi kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, gerai PUZ turut menjadi tumpuan pengunjung bagi mendapatkan maklumat terkini selain membuat pembayaran zakat. Sebanyak 200 buah ruang pameran (booths) daripada pelbagai agensi, syarikat orang perseorangan serta wakil dari luar negara seperti Indonesia, Iran, Thailand, Pakistan, Belgium dan lain-lain telah ‘berkampung’ di Penang International Sports Centre (PISA) selama 3 hari iaitu bermula 24 -26 Februari 2012. PIHEC 2012 telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tn. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
PUZ tidak melepaskan peluang menyampaikan maklumat, info terbaru serta menerangkan tentang kewajipan berzakat kepada para pengunjung yang hadir di samping mengedarkan cenderahati kepada mereka.
