Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013


Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39

borang online

video icon

Webmail

Email
Password

Laman Sosial

Carian

PUZ Sumbang 1.3 Juta untuk Mutiara PDCA 2012

25 Februari 2012 - Sungai Dua : Mutiara PDCA atau singkatan daripada Program Didik Cemerlang Akademik telah dilancarkan buat kali ke tujuh bagi tahun 2012 bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Seberang Perai Utara yang

dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Mutiara PDCA yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 dilaksanakan secara kolaboratif strategik oleh Bahagian Penyelarasan Pulau Pinang (BPPB), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Pada tahun 2012, program ini diteruskan lagi dengan penglibatan 226 buah sekolah rendah dan menengah, kerana impak yang positif yang telah ditunjukkan terhadap tahap pencapaian akademik pelajar Bumiputera di Pulau Pinang. Sebagai makluman, PUZ, MAINPP sahaja telah membiayai sebanyak 86 buah sekolah daripada jumlah keseluruhan tersebut.

Selain itu, anugerah turut diberikan kepada sekolah-sekolah telah berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar bagi peperiksaan UPSR tahun 2011. Antaranya, Anugerah Prestij Gemilang dirangkul oleh Sek. Keb. Bertam Indah, Anugerah Citra Emas diperoleh oleh Sek. Keb. Assumption, Anugerah Citra Kejora didapati oleh Sek. Keb. Mak Mandin dan Anugerah Sinar menjadi milik Sek. Keb. Pulau Aman. Masing-masing memperoleh sumbangan antara RM 3,500.00 – RM 7,000.00 bagi mengadakan aktiviti dan program untuk para pelajar. Di samping itu, Anugerah Khas Agensi turut disampaikan. Sek. Keb. Batu Maung dan Madrasah al-Aminiah telah dinobatkan bagi memperoleh Anugerah Khas Pusat Urus Zakat, MAINPP yang memperoleh sumbangan sebanyak RM 2,500.00.

Pada hari tersebut, dana bagi menjayakan program ini telah disalurkan yang disempunakan oleh Y.B. Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop kemudian diserahkan kepada Dr. Hjh. Sharifah Bee binti Hj. Aboo Bakar, Timb. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang yang bernilai RM 5.8 juta. PUZ telah sudi menyumbangkan dana sebanyak RM 1.3 bagi menampung kos pembiayaan tuisyen, peralatan, elaun guru dan lain-lain serta selebihnya dana telah disumbangkan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

Diharapkan dengan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian akademik para pelajar Bumiputera.

Mutiara Zakat


"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan" (Al-Baqarah, ayat 110)

E-Zakat

Jumlah Kunjungan

019122
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
522
1589
5622
7123
19122
0
19122
Your IP: 113.210.6.52
Server Time: 2013-05-24 14:10:27