Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Lawatan KKM ke Hemodialisis Zakat
- Details
- Hits: 503
16 - 17 Februari 2012 - Pusat Haemodialilsis Zakat (PHZ) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya sempena lawatan kerja bagi menjalankan pemeriksaan ke semua cawangan PHZ yang beroperasi di tujuh cawangan iaitu di Permatang Rawa, Butterworth, Tasek Gelugor, Nibong Tebal, Kepala Batas, Georgetown dan Balik Pulau. Objektif lawatan ini dibuat adalah untuk memastikan segala prosedur rawatan ke atas pesakit berjalan mengikut apa yang telah digariskan oleh pihak KKM. Lawatan tersebut diadakan selama dua hari yang diwakili oleh Dr. Farahdina dan Dr. Intan Raihani daripada KKM. Turut serta dalam lawatan ini juga wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang iaitu Matron Asnah dan Sister Ida Haryati. Sementara wakil daripada PHZ diketuai oleh En. Mohamad Kairi bin Ghazalli, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Dr. Zurina binti Idrus dan En. Mohamad Fauzi bin Ahmad. Kedua-dua belah pihak telah berkongsi pengetahuan dan maklumat berkenaan prosedur-prosedur rawatan yang harus dipatuhi bagi memastikan bantuan yang disalurkan kepada golongan asnaf yang menjalani rawatan di PHZ memperoleh manfaatnya. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua agensi dalam memartabatkan institusi zakat di Pulau Pinang.
