Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Pengambilan Pertama Pelajar-Pelajar ke Inapan Kasih Sayang.
- Details
- Hits: 612
28 Disember 2011 - Pongsu Seribu - Majlis Pendaftaran Pelajar-Pelajar Baru ke Inapan Kasih Sayang telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Inapan Kasih Sayang pada jam 10.00 pagi.Seawal jam 8.00 pagi para ibu bapa dan waris pelajar telah mula membanjiri perkarangan Inapan Kasih Sayang
bagi menghadiri majlis yang pertama kali dianjurkan oleh Pusat Urus Zakat ini. Majlis telah disempurnakan oleh Dr. Haji Azman Bin haji Abdul Samat,Pengurus Besar,Pusat Urus Zakat,MAINPP dengan taklimat awal kepada ibu bapa dan pelajar disampaikan oleh Encik Mohamad Kairi Bin Ghazalli ,Penolong Pengurus Besar JAPM. Sebagai simbolik kemasukan pelajar-pelajar ke Inapan, setiap pelajar telah menerima satu set pakaian seragam dan peralatan sekolah untuk digunakan pada sesi persekolahan yang akan datang. Seramai 86 orang pelajar (first batch ) telah diterima masuk ke Inapan Kasih Sayang yang terdiri daripada pelajar tahun empat,lima dan enam. Pelajar-pelajar ini telah berjaya mendapat markah 50% dan ke atas dalam ujian kemasukan yang telah dijalankan sebelum ini. Kesemua pelajar ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas dengan mendapat tajaan penuh Pusat Urus Zakat, MAINPP. Pengambilan seterusnya untuk penghuni Inapan Kasih Sayang akan diadakan pada bulan Februari 2012.



