Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
Galeri Majlis Pembayar Zakat oleh Agensi Korporat.
- Details
- Hits: 254
DISEMBER 2012 - Sudah menjadi kelaziman apabila memasuki bulan Disember pada setiap tahun, ramai individu mahu pun pelbagai agensi korporat akan datang ke Zakat Pulau Pinang, MAINPP untuk menunaikan kewajipan berzakat untuk memperoleh rebet daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Inapan Kasih Sayang (IKS) Terima 61 Orang Pelajar Baru
- Details
- Hits: 310
KEPALA BATAS - 26 DISEMBER 2012 : Kedatangan tahun baru 2013 menyaksikan kemasukan pelajar-pelajar baru ke asrama Inapan Kasih Sayang (IKS) selepas menjalani ujian kemasukan pada 29 September 2012 yang lalu. Asrama ini menempatkan pelajar dari Tahun Empat hingga Enam sahaja terdiri daripada anak-anak yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin. Seramai 22 pelajar lelaki dan 39 pelajar perempuan telah terpilih untuk memasuki asrama ini daripada 186 orang yang menduduki ujian kemasukan yang lepas.
Zakat Pulau Pinang Hargai Jasa Ahli Jawatankuasa Qaryah, Guru Agama Dan Guru Al-quran
- Details
- Hits: 266
SUNGAI DUA : 20 DISEMBER 2012 - Seperti kebiasaan apabila tiba hujung tahun, Zakat Pulau Pinang, MAINPP akan menghargai jasa dan sumbangan para Jawatankuasa Qaryah, Guru Agama dan Guru Quran dalam mentadbir serta mendidik para masyarakat Islam iaitu melalui penyampaian saguhati. Majlis yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Y.B. Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Man. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Hj. Ellias bin Hj. Zakaria. Jumlah penerima saguhati Jawatankuasa Qaryah, Guru Agama dan Guru al-Quran adalah seperti berikut :
Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ) Terima Kunjungan Daripada MAIPs
- Details
- Hits: 190
TASEK GELUGOR: 18 DISEMBER 2012 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Haemodialisis Zakat (PHZ) dibawah seliaan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
‘MERAKYATKAN ZAKAT’ Bersama Konvoi Kembara Zakat Pulau Pinang
- Details
- Hits: 211
BUKIT MERTAJAM: 30 NOVEMBER 2012 - Bertepatan dengan slogan ‘Merakyatkan Zakat’ yang dipraktikkan, Zakat Pulau Pinang, MAINPP telah mengambil langkah turun padang mendekati golongan asnaf yang memerlukan melalui Konvoi Kembara Zakat Peringkat Kebangsaan 2012. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku penganjur utama dengan kerjasama negeri-negeri yang terdiri daripada Agensi Mengutip Zakat (AMZ) telah berkolaborasi menjayakan program ini.
