Kutipan Dan Agihan Sehingga April 2013
Jumlah Kutipan -RM17,178,905.21
Jumlah Agihan - RM25,433,088.39
Webmail
Laman Sosial
Carian
AGRO Bank Laksana Kewajipan Berzakat
- Details
- Hits: 340
GEORGETOWN: 9 OKTOBER 2012 - Agro Bank sekali lagi tampil menunaikan rukun Islam yang ketiga dengan menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM 106,964.76 bagi haul 2011 di kediaman Yang di-Petua Negeri Pulau Pinang. Zakat tersebut telah diserahkan oleh En. Wan Mohd Fadzmi bin Wan Othman, CEO Agro Bank kepada T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Abbas bagi
BIMB Tunai Zakat 2011
- Details
- Hits: 265
BUKIT MERTAJAM : 27 SEPTEMBER 2012 - Bertempat di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP), MAINPP yang terletak di Bandar Perda telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Zakat bernilai RM158,562.00 telah diserahkan oleh Y. Bhg. Dato’ Wan Ismail bin Wan Yusoh, Pengurus Besar Perhubungan Strategik BIMB kepada Y.B. Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Man,
Zakat Pulau Pinang Bersama Mutiara.fm
- Details
- Hits: 525
GEORGETOWN : 9-11 JULAI 20121 - Bersempena dengan kempen zakat perniagaan, Zakat Pulau Pinang MAINPP berkesempatan bersama pendengar setia Mutiara FM di dalam slot khas zakat. Pendengar Mutiara FM khususnya para peniaga berpeluang mendengar penerangan langsung berhubung kaedah asas pengiraan zakat perniagaan dari En. Mahroos Abdullah, Eksekutif Zakat Perniagaan.
Fakir Miskin Diraikan di Nur Ramadhan
- Details
- Hits: 444
BAYAN LEPAS - 12 Julai 2012 Program Nur Ramadhan merupakan program tahunan Zakat Pulau Pinang MAINPP bagi meraikan dan meringankan beban fakir miskin dalam suasana menyambut Ramdhan Al-Mubarak. Secara keseluruhan, untuk tahun 2012 Zakat Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM 657,720.00 melibatkan 1,890, di mana pemilihan mereka ini adalah berdasarkan senarai penerima bantuan bulanan. Setiap fakir dan miskin menerima wang tunai berjumlah RM 300.00, beserta hamper makanan keperluan harian dan sekampit beras 5 kg.
Zakat Pulau Pinang Anjur Muzakarah 2012
- Details
- Hits: 500
Tanjung Bungah - 9 & 10 Julai 2012 : Bertempat di Copthorne Orchid Hotel, Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah diadakan Muzakarah Pemantapan Agihan Zakat. Muzakarah ini diadakan bertujuan membincangkan penambahbaikan program yang sedia ada dan pelaksanaan program-program baharu agihan zakat dari segi ekonomi dan keusahawanan.
